Manifesto

Komitmen Barisan Nasional ke arah masa depan Malaysia yang cemerlang.

Nusajaya

Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Negeri Johor

Portal PRU-13

SPR mewujudkan Portal Khas untuk memudahkan pengundi dan parti politik mendapatkan penjelasan tentang urusan pilihan raya ke-13

Friday, 3 May 2013

WARKAH NAJIB UNTUK NEGARA




Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Rakyat yang dikasihi,

Hari ini negara tercinta Malaysia berada di persimpangan antara masa hadapan yang penuh peluang dan harapan serta masa hadapan yang sarat dengan ketidaktentuan dan pertelingkahan. Di tangan Tuan-Tuan dan Puan-Puan ,  serta 13 juta warga  Malaysia yang lain  terletak kuasa untuk membuat keputusan mengenai  siapakah yang terbaik untuk diberikan amanah serta tanggungjawab bagi meneraju negara bertuah ini untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

Empat tahun yang lalu merupakan tempoh yang mencabar untuk kita semua. Di dalam persekitaran ekonomi global yang amat mencabar kerajaan dan rakyat Malaysia telah berjaya hasil kerjasama semua  meletakkan ekonomi Malaysia di landasan yang betul untuk pertumbuhan berterusan, meningkatkan hasil negara yang digunakan untuk meringankan beban kehidupan rakyat,   merangsang penciptaan peluang pekerjaan yang mencukupi dan meningkatkan kemakmuran untuk semua.

Ia bukanlah perjalanan yang mudah bagi kami  parti yang diberikan amanah sebagai kerajaan oleh tuan-tuan dan puan-puan. Dalam sesetengah perkara kami perlu mengambil keputusan yang perit tetapi perlu. Dalam keadaan ini  kami tidak bertindak sebagai ahli politik populis tetapi sebaliknya bertindak  setelah mengkaji secara teliti kesan jangka panjang keputusan yang bakal diambil bukan sahaja terhadap generasi hari ini tetapi juga generasi masa depan negara ini, kami tidak rela mewariskan sebuah negara yang gagal kepada anak-anak kita.

Setelah melalui proses mendengar, merundingi serta memperoleh input dari semua pihak kami telah merangka pelan yang kami yakin terbaik untuk  semua rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang malahan sehinggga tahun 2020. Sesungguhnya Tuan-tuan dan Puan-puan mampu merasai sendiri keberkesanan segala usaha yang telah saya dan rakan-rakan lakukan setakat ini. Berikanlah kami Kerajaan Barisan Nasional  peluang untuk terus berkhidmat demi kepentingan tuan-tuan dan puan-puan  bagi meningkatkan lagi mutu kehidupan kita dan anak-anak kita serta demi masa depan yang lebih sejahtera serta makmur.    Berilah kepercayaan kepada Kerajaan BN bagi meneruskan  usaha bakti buat Malaysia dan seluruh rakyatnya.

PRU kali ini  perlulah ditentukan bersandarkan  menepati janji, mendukung harapan dan  kebolehpercayaan. Tidak sepatutnya wujud ruang untuk mereka yang menabur janji tidak kredibel dan akhirnya tidak mampu ditunaikan, gemar menyebar fitnah, memanipulasi fakta serta meraih sokongan berasaskan kebencian serta perpecahan.

Demi anak-anak Malaysia fikirkan semasak-masaknya, sebelum membuat keputusan kerana pilihan tuan-tuan dan puan-puan akan mempunyai kesan yang amat besar untuk masa hadapan kita.

Undi tuan-tuan dan puan-puan  sewajarnya menjadi– UNDI untuk Malaysia  yang maju dan progresif, UNDI untuk Malaysia  yang menuju   transformasi politik, ekonomi dan sosial yang menyeluruh , Malaysia di mana kita semua, dapat hidup dengan bangga dan bermaruah di bawah payung  falsafah 1Malaysia.


_______________________________________________________________________________

Laksanakanlah tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia pada 5 Mei ini. Kongsikan warkah ini bersama rakan-rakan dan ahli keluarga anda sekiranya anda mahu melihat keamanan, kestabilan dan kemajuan di negara kita berterusan. Marilah kita sama-sama pastikan agar impian kita untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020 dapat dicapai.


Thursday, 2 May 2013

MAJLIS RAMAH MESRA MB JOHOR DENGAN PENGUNDI TAMAN UNIVERSITI



2hb Mei 2013.
Jam 8.45 malam.

Lokasi Taman Universiti Sport Club. YAB Dato’ Hj.Abdul Ghani dan Dr.Hj.Zaini telah hadir ke Majlis Ramah Mesra Bersama Pengundi-Pengundi di Taman Universiti. Kehadiran para pengundi mencecah lebig kurang 3000 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ucapan YAB Menteri Besar membawa mesej yang sangat penting bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah mengamalkan sebarang diskriminasi kaum malah katanya lagi semua kaum adalah bersahabat dan boleh bekerjasama dalam apa jua bentuk untuk bersama-sama membangunkan negeri serta berkongsi kekayaan selaras dengan konsep gagasan 1 Malaysia. Menteri Besar Johor berharap konsep ini terus diamalkan dan dipertahankan supaya Negara ini kekal aman dan sejahtera serta Kerajaan dapat meneruskan tradisi mensejahterakan rakyat dalam apa jua situasi. Inilah konsep yang diamalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional iaitu RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN melalui JANJI DITEPATI selalu. Justru, para pengundi di seluruh Parlimen Gelang Patah termasuk di Taman Universiti khususnya harus memilih Calon Barisan Nasional pada PRU13 ini untuk terus menerajui Negara demi masa depan yang terjamin.

1Malaysia daripada Dr.Hj.Zaini dan ahli parto komponen MCA dan Gerakan.

Antara hadirin yang hadir.

Dr.Zaini beramah mesra bersama hadirin sambil memperkenalkan dirinya sebagai 
Calon BN Dun Nusajaya yang baru.

Dr.Hj.Zaini bersama pengundi Cina memberikan isyarat 1 Malaysia.

Ketibaan YAB Dato' Hj. Abdul Ghani Bin Othman Menteri Besar Johor yang juga 
Calon BN Ahli Parlimen Gelang Patah.

YAB Dato' Hj.Abdul Ghani memberi ucapan.

Tepukan semangat daripada pemimpin Dr.Hj.Zaini dan pemimpin-pemimpin 
setempat ketika YAB Menteri Besar Johor.

Bincang sesuatu di meja VIP.

MAJLIS RAMAH MESRA MB JOHOR BERSAMA RAKYAT DI LIMA KEDAI



2hb Mei 2013.
Jam 2.30ptg.

Lokasi Dewanraya Perumahan Lima Kedai. Calon BN DUN Nusajaya Dr.Hj.Zaini telah mengiringi YAB Dato’ Haji Abdul Ghani menghadiri Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Johor Bersama Pemimpin Masyarakat di Perumahan Lima Kedai. Majlis ini telah dihadiri oleh Penghulu, Ketua-Ketua Kampung, Ketua Masyarakat pelbagai kaum dan penduduk-penduduk sekitar Perumahan Lima Kedai yang danggarkan seramai 250 orang. Pada majlis tersebut juga, satu memorandum sokongan penduduk-penduduk Perumahan Lima Kedai terhadap kesemua Calon Barisan Nasional telah diserakan kepada Y.A.B Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman selaku Menteri Besar Johor.










Wednesday, 1 May 2013

RAKYAT PENENTU MASA DEPAN NEGARA




Salam 1 Malaysia

Hari mengundi hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Apabila tiba masanya nanti, anda akan diberi tanggungjawab untuk memilih pihak mana yang layak diberi mandat untuk mentadbir negara. Tentukan pilihan anda adalah pihak yang mempunyai wawasan untuk negara maju ke hadapan serta mampu untuk melaksanakannya.

Barisan Nasional (BN) telahpun mempunyai perancangan tertentu dalam usaha melakukan transformasi di negara ini. Saya yakin, kami mampu untuk melaksakan perancangan itu memandangkan selama ini kami telah terbukti berjaya menunaikan setiap janji kami kepada rakyat. Untuk membaca manifesto atau Aku Janji kami kepada rakyat, anda boleh melayarinya di blog saya.

Perubahan sebenarnya telahpun berlaku. Kami di BN sendiri telah melakukan pelbagai transformasi termasuk memperkenalkan ramai calon-calon baru pada PRU13 kali ini. Saya yakin, calon-calon baru yang dipilih mewakili BN ini, mampu melaksakan tanggungjawab mereka kepada rakyat dengan baik. Ikuti maklumat tentang calon BN Baru di kawasan anda.

Selari dengan konsep 1Malaysia yang berpegang kepada prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, kami di BN juga telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk rakyat. Ia telah terbukti mampu memberi memberi manfaat kepada rakyat berbilang kaum di negara ini. Ikuti kisah mereka yang telah mendapat manfaat daripada insiatif BN itu.

Saya harap anda akan membuat pilihan yang tepat dalam memastikan kemajuan serta kestabilan negara terus berkekalan. Kongsikanlah email ini bersama rakan-rakan dan ahli keluarga anda agar kita dapat sama-sama menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih baik pada masa hadapan. Berilah sokongan anda kepada BN supaya kami mendapat mandat untuk meneruskan usaha kami bagi menjamin keamanan, keselamatan dan kemajuan negara untuk kita semua.