Penglibatan




Sebelum ini, saya telah beberapa kali menyatakan bahawa era ‘Kerajaan tahu segalanya’ telah berakhir dan kali ini saya ingin mengingatkannya sekali lagi.

Hakikatnya, rakyat lebih tahu apa yang mereka mahu serta perlukan dan kerana itulah saya sentiasa mahu berhubung dengan anda semua sekerap mungkin untuk mendapatkan idea, mempertimbangkan setiap pandangan itu serta melaksanakannya. Demokrasi bukanlah mengenai pilihan raya semata-mata, ia adalah tentang memenuhi setiap keperluan rakyat.

Saya berasa rendah diri apabila melihat sokongan tidak berbelah bagi daripada rakyat setiap kali mengadakan lawatan ke seluruh negara – tidak kira dari Batu Caves ke Brickfields, Chinatown hinggalah ke pedalaman Sabah dan Sarawak. Saya sentiasa bekerja keras untuk memastikan setiap pandangan anda yang menjurus kepada kemakmuran serta kedamaian negara dapat dilaksanakan dan saya akan terus mempertimbangkan setiap cadangan daripada agar anda dapat bersama-sama dalam memajukan negara.

Penglibatan Online