Sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian etnik yang tertinggi di Asia Tenggara, Malaysia sentiasa memupuk hubungan luar negara yang baik. Sebagai penyambung di antara Timur dan Selatan, Malaysia memainkan peranan yang unik di pentas antarabangsa – dan dengan memupuk hubungan yang lebih rapat dari segi politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan, saya bertekad untuk memperkukuhkan lagi hubungan global kita.
Dalam hal ini, menjalin hubungan dua hala yang lebih erat dan produktif menjadi satu keutamaan dan tiada yang lebih penting daripada hubungan yang erat dengan negara-negara jiran kita. Sehubungan dengan itu, saya telah meletakkan keutamaan pada dasar luar negara kita bagi mengembangkan lagi hubungan persahabatan dengan China, Jepun dan Kora Selatan. Saya juga ingin mempelbagaikan lagi hubungan persahabatan negara kita – suka saya nyatakan disini bahawa hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat pada waktu ini adalah sangat rapat, manakala hubungan kita dengan UK pula semakin erat. Di samping itu, saya telah meletakkan tumpuan baru pada rakan- rakan kita seperti India dan negara-negara Timur Tengah, dan terus mengukuhkan lagi hubungan kita dengan negara-negara di Asia Pasifik, Afrika dan Amerika Latin.
Dalam abad ke-21 cabaran-cabaran yang kita hadapi adalah bersifat global - sama ada dalam menangani ketidakstabilan ekonomi, menangani perubahan iklim atau memerangi ekstremisme, saya komited dalam membina hubungan antarabangsa yang berdaya tahan dan saling menguntungkan untuk membantu kita mengatasi cabaran-cabaran itu.