Manifesto

Komitmen Barisan Nasional ke arah masa depan Malaysia yang cemerlang.

Nusajaya

Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Negeri Johor

Portal PRU-13

SPR mewujudkan Portal Khas untuk memudahkan pengundi dan parti politik mendapatkan penjelasan tentang urusan pilihan raya ke-13

Friday, 3 May 2013

WARKAH NAJIB UNTUK NEGARA




Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Rakyat yang dikasihi,

Hari ini negara tercinta Malaysia berada di persimpangan antara masa hadapan yang penuh peluang dan harapan serta masa hadapan yang sarat dengan ketidaktentuan dan pertelingkahan. Di tangan Tuan-Tuan dan Puan-Puan ,  serta 13 juta warga  Malaysia yang lain  terletak kuasa untuk membuat keputusan mengenai  siapakah yang terbaik untuk diberikan amanah serta tanggungjawab bagi meneraju negara bertuah ini untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

Empat tahun yang lalu merupakan tempoh yang mencabar untuk kita semua. Di dalam persekitaran ekonomi global yang amat mencabar kerajaan dan rakyat Malaysia telah berjaya hasil kerjasama semua  meletakkan ekonomi Malaysia di landasan yang betul untuk pertumbuhan berterusan, meningkatkan hasil negara yang digunakan untuk meringankan beban kehidupan rakyat,   merangsang penciptaan peluang pekerjaan yang mencukupi dan meningkatkan kemakmuran untuk semua.

Ia bukanlah perjalanan yang mudah bagi kami  parti yang diberikan amanah sebagai kerajaan oleh tuan-tuan dan puan-puan. Dalam sesetengah perkara kami perlu mengambil keputusan yang perit tetapi perlu. Dalam keadaan ini  kami tidak bertindak sebagai ahli politik populis tetapi sebaliknya bertindak  setelah mengkaji secara teliti kesan jangka panjang keputusan yang bakal diambil bukan sahaja terhadap generasi hari ini tetapi juga generasi masa depan negara ini, kami tidak rela mewariskan sebuah negara yang gagal kepada anak-anak kita.

Setelah melalui proses mendengar, merundingi serta memperoleh input dari semua pihak kami telah merangka pelan yang kami yakin terbaik untuk  semua rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang malahan sehinggga tahun 2020. Sesungguhnya Tuan-tuan dan Puan-puan mampu merasai sendiri keberkesanan segala usaha yang telah saya dan rakan-rakan lakukan setakat ini. Berikanlah kami Kerajaan Barisan Nasional  peluang untuk terus berkhidmat demi kepentingan tuan-tuan dan puan-puan  bagi meningkatkan lagi mutu kehidupan kita dan anak-anak kita serta demi masa depan yang lebih sejahtera serta makmur.    Berilah kepercayaan kepada Kerajaan BN bagi meneruskan  usaha bakti buat Malaysia dan seluruh rakyatnya.

PRU kali ini  perlulah ditentukan bersandarkan  menepati janji, mendukung harapan dan  kebolehpercayaan. Tidak sepatutnya wujud ruang untuk mereka yang menabur janji tidak kredibel dan akhirnya tidak mampu ditunaikan, gemar menyebar fitnah, memanipulasi fakta serta meraih sokongan berasaskan kebencian serta perpecahan.

Demi anak-anak Malaysia fikirkan semasak-masaknya, sebelum membuat keputusan kerana pilihan tuan-tuan dan puan-puan akan mempunyai kesan yang amat besar untuk masa hadapan kita.

Undi tuan-tuan dan puan-puan  sewajarnya menjadi– UNDI untuk Malaysia  yang maju dan progresif, UNDI untuk Malaysia  yang menuju   transformasi politik, ekonomi dan sosial yang menyeluruh , Malaysia di mana kita semua, dapat hidup dengan bangga dan bermaruah di bawah payung  falsafah 1Malaysia.


_______________________________________________________________________________

Laksanakanlah tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia pada 5 Mei ini. Kongsikan warkah ini bersama rakan-rakan dan ahli keluarga anda sekiranya anda mahu melihat keamanan, kestabilan dan kemajuan di negara kita berterusan. Marilah kita sama-sama pastikan agar impian kita untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020 dapat dicapai.


Thursday, 2 May 2013

MAJLIS RAMAH MESRA MB JOHOR DENGAN PENGUNDI TAMAN UNIVERSITI



2hb Mei 2013.
Jam 8.45 malam.

Lokasi Taman Universiti Sport Club. YAB Dato’ Hj.Abdul Ghani dan Dr.Hj.Zaini telah hadir ke Majlis Ramah Mesra Bersama Pengundi-Pengundi di Taman Universiti. Kehadiran para pengundi mencecah lebig kurang 3000 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ucapan YAB Menteri Besar membawa mesej yang sangat penting bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah mengamalkan sebarang diskriminasi kaum malah katanya lagi semua kaum adalah bersahabat dan boleh bekerjasama dalam apa jua bentuk untuk bersama-sama membangunkan negeri serta berkongsi kekayaan selaras dengan konsep gagasan 1 Malaysia. Menteri Besar Johor berharap konsep ini terus diamalkan dan dipertahankan supaya Negara ini kekal aman dan sejahtera serta Kerajaan dapat meneruskan tradisi mensejahterakan rakyat dalam apa jua situasi. Inilah konsep yang diamalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional iaitu RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN melalui JANJI DITEPATI selalu. Justru, para pengundi di seluruh Parlimen Gelang Patah termasuk di Taman Universiti khususnya harus memilih Calon Barisan Nasional pada PRU13 ini untuk terus menerajui Negara demi masa depan yang terjamin.

1Malaysia daripada Dr.Hj.Zaini dan ahli parto komponen MCA dan Gerakan.

Antara hadirin yang hadir.

Dr.Zaini beramah mesra bersama hadirin sambil memperkenalkan dirinya sebagai 
Calon BN Dun Nusajaya yang baru.

Dr.Hj.Zaini bersama pengundi Cina memberikan isyarat 1 Malaysia.

Ketibaan YAB Dato' Hj. Abdul Ghani Bin Othman Menteri Besar Johor yang juga 
Calon BN Ahli Parlimen Gelang Patah.

YAB Dato' Hj.Abdul Ghani memberi ucapan.

Tepukan semangat daripada pemimpin Dr.Hj.Zaini dan pemimpin-pemimpin 
setempat ketika YAB Menteri Besar Johor.

Bincang sesuatu di meja VIP.

MAJLIS RAMAH MESRA MB JOHOR BERSAMA RAKYAT DI LIMA KEDAI



2hb Mei 2013.
Jam 2.30ptg.

Lokasi Dewanraya Perumahan Lima Kedai. Calon BN DUN Nusajaya Dr.Hj.Zaini telah mengiringi YAB Dato’ Haji Abdul Ghani menghadiri Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Johor Bersama Pemimpin Masyarakat di Perumahan Lima Kedai. Majlis ini telah dihadiri oleh Penghulu, Ketua-Ketua Kampung, Ketua Masyarakat pelbagai kaum dan penduduk-penduduk sekitar Perumahan Lima Kedai yang danggarkan seramai 250 orang. Pada majlis tersebut juga, satu memorandum sokongan penduduk-penduduk Perumahan Lima Kedai terhadap kesemua Calon Barisan Nasional telah diserakan kepada Y.A.B Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman selaku Menteri Besar Johor.










Wednesday, 1 May 2013

RAKYAT PENENTU MASA DEPAN NEGARA




Salam 1 Malaysia

Hari mengundi hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Apabila tiba masanya nanti, anda akan diberi tanggungjawab untuk memilih pihak mana yang layak diberi mandat untuk mentadbir negara. Tentukan pilihan anda adalah pihak yang mempunyai wawasan untuk negara maju ke hadapan serta mampu untuk melaksanakannya.

Barisan Nasional (BN) telahpun mempunyai perancangan tertentu dalam usaha melakukan transformasi di negara ini. Saya yakin, kami mampu untuk melaksakan perancangan itu memandangkan selama ini kami telah terbukti berjaya menunaikan setiap janji kami kepada rakyat. Untuk membaca manifesto atau Aku Janji kami kepada rakyat, anda boleh melayarinya di blog saya.

Perubahan sebenarnya telahpun berlaku. Kami di BN sendiri telah melakukan pelbagai transformasi termasuk memperkenalkan ramai calon-calon baru pada PRU13 kali ini. Saya yakin, calon-calon baru yang dipilih mewakili BN ini, mampu melaksakan tanggungjawab mereka kepada rakyat dengan baik. Ikuti maklumat tentang calon BN Baru di kawasan anda.

Selari dengan konsep 1Malaysia yang berpegang kepada prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, kami di BN juga telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk rakyat. Ia telah terbukti mampu memberi memberi manfaat kepada rakyat berbilang kaum di negara ini. Ikuti kisah mereka yang telah mendapat manfaat daripada insiatif BN itu.

Saya harap anda akan membuat pilihan yang tepat dalam memastikan kemajuan serta kestabilan negara terus berkekalan. Kongsikanlah email ini bersama rakan-rakan dan ahli keluarga anda agar kita dapat sama-sama menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih baik pada masa hadapan. Berilah sokongan anda kepada BN supaya kami mendapat mandat untuk meneruskan usaha kami bagi menjamin keamanan, keselamatan dan kemajuan negara untuk kita semua.


JUI MENG AKUI SHAHRIR SAMAD BERSIH




JOHOR BAHRU: Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng mengakui calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad memiliki imej dan peribadi yang baik justeru sukar untuk diganggu gugat calon Pakatan Rakyat.

Shahrir juga dijangka tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan kerusi Parlimen yang telah disandangnya untuk tempoh lima penggal.

"Shahrir adalah pemimpin yang bagus dan baik. Dia hanya tersilap parti politik," ujar Ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng dalam ucapannya di Stadium Larkin, malam tadi.

Kredibiliti Shahrir memuncak apabila beberapa pemimpin tersohor Pakatan Rakyat yang datang berkempen di Johor tidak sekalipun mencemuh peribadi Shahrir.

Shahrir pada pilihan raya yang akan berlangsung 5 Mei ini akan dicabar calon PKR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussien yang merupakan bekas pangliman tentera darat.

Pada pilihan raya umum 2008, Shahrir memenangi kerusi itu dengan majoriti 14,851 undi menentang calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Karim.


LAWATAN MB JOHOR KE PERSATUAN PEMANDU TEKSI GELANG PATAH



30hb April 2013.
Jam 12.00 tengahari.

Lokasi Perhentian Teksi Pekan Gelang Patah. YAB Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Othman Calon BN Parlimen Gelang Patah bersama Calon BN DUN Nusajaya Dr.Hj.Zaini bin Abu Bakar telah melawat ahli-ahli Persatuan Pemandu Teksi di Perhentian Teksi Gelang Patah. Seramai lebih krang 200 orang ahli telah hadir beramah mesra dengan kedua-dua calon Barisan Nasional tersebut. Kedua-dua calon tersebut juga sempat melekatkan bendera Barisan Nasional pada beberapa buah teksi dan memberikan ucapan ringkaa kepada ahli-ahli persatuan tersebut. Ternyata, keseluruhan ahli Persatuan Pemandu Teksi tersebut berazam untuk mengundi kesemua calon Barisan Nasional di dalam Parlimen Gelamg Patah dan kedua-dua DUN Nusajaya dan Skudai.









LAWATAN MB JOHOR KE KAMPUNG SUNGAI MELAYU



30hb April 2013.
Jam 1.00 tengahari.

Lokasi Kampung Sungai Melayu. Lawatan Muhibbah Y.A.B. Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Othman bersama calon BN DUN Nusajaya Dr.Hj.Zaini Bin Abu Bakar ke Kampung Sungai Melayu pada hari ini telah mendapat sambutan yang sangat mesra oleh seluruh penduduk kampung tersebut. Antara yang menarik pada lawatan tersebut ialah ianya dibuat secara santai dan bersahaja diantara pemimpin dan masyarakat. Y.A.B Dato’ Haji Abdul Ghani sempat menjamu selera ikan, udang, ketam dan kupang segar hasil tangkapan nelayan tradisional di kempung tersebut bersama-sama penduduk kampung dan pemimpin setempat. Selepas menjamu selera, Dato’ Haji Abdul Ghani dan Dr.Zaini telah berjumpa dan berdialog bersama-sama penduduk kampung membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh penduduk-penduduk kampung tersebut.

          Bagi YAB Dato’ HjAbdul Ghani, Kampung Sungai Melayu tidak asing baginya dan kampung ini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana kampung ini telah berusia lebih 120 tahun dan ianya terletak sangat hampir dengan Bandaraya Johor Bahru mengikut jalan laut dan berada di tengah-tengah kepesatan pembangunan di Kota Iskandar, Nusajaya. Aktiviti utama penduduk-penduduknya adalah menangkap ikan secara tradisional selain menternak hidupan laut dalam sangkar. Selain dari itu, Kampung Sungai Melayu mempunyai sumber pendapatan yang baru iaitu dalam industry pelancungan sejak beberapa tahun yang lalu.

          Dianggarkan setiap tahun seramai lebih kurang 800 orang pelancung akan melawat ke Kampung Sungai Melayu. Mereka terdiri pelancung daripada Negara Australia, United Kingdom, Jepun, China dan Russia. Kebiasaannya pelancung2 tersebut akan dibawa menyelusuri Sungai Melayu untuk melihat burung-burung hijrah, aktiviti menangkap hasil laut secara tradisional, ikan dan udang dalam sangkar serta melihat kawasan kampung yang sngat unik disamping menikmati hidangan makanan tradisional dan makanan laut yang sangat segar. Y.A.B Dato’ Haji Abdul Ghani berazam akan membangn dan menaik taraf kemudahan-kemudahan di Kampung Sungai Melayu untuk terus berkembang dan menjadi lokasi pelancungan yang sangat dinamik dan unik sehingga dapat dicatatkan dalam kalender pelancungan antarabangsa.













Tuesday, 30 April 2013

MENANDATANGANI PLAK PERASMIAN




JOHOR BAHARU, 30 April -- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menandatangani plak perasmian dua blok bangunan tambahan setinggi empat tingkat serta dewan terbuka baharu bernilai RM6.2 juta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tebrau, Felda Ulu Tebrau di Ulu Tiram di sini hari ini.Turut sama isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

- BERNAMA

KEKALKAN CARA KITA




Negeri Johor Darul Takzim yang ditadbir oleh Kerajaan Barisan Nasional selama ini telah banyak mencapai kejayaan demi kejayaan secara holistik. 

Dibawah kepiminan YAB Dato’ Hj.Abdul Ghani bin Othman selama 18 tahun mengetuai Kerajaan Barisan Nasional Negeri Johor, pembanguan Negeri Johor telah Berjaya dibangunkan secara seimbang dan holistik merangkumi segala aspek keperluan Rakyat Johor yang mencakupi setiap lapisan masyarakat. 

Pembangunan yang seimbang dan holistic adalah berdasarkan kepada perkara-perkara yang berikut iaitu Agama Islam, Pembangunan Beridentiti, Kemudahan Awam, Kerajaan Adil, Kualiti Hidup, Pembangunan Ekonomi Pelbagai Sektor, Masyarakat Berilmu dan Kerajaan Yang Cekap.

Kejayaan-kejayaan yang telah ditempa telah direkodkan di dalam naskah HOLISTIK sebagai fakta bukti untuk rakyat Johor menilainya. 

Sebagai kesinambungan kepada kejayaan tersebut, Barisan Nasional telah berikrar untuk terus melaksanakan 20 misi khas demi untuk MENSEJAHTERAKAN RAKYAT NEGERI JOHOR sepertimana yang dinyatakan di dalam MANIFESTO BARISAN NASIONAL Pilihan Raya Umum ke 13. 

Justru, seluruh pengundi Negeri Johor tiada alasan untuk menolak Kerajaan Barisan Nasional Johor. Teruskan memebri kepercayaan kepada Barisan Nasional yang ditadbir oleh anak tempatan kesemuanya. 
Kita BANGSA JOHOR sentiasa menjalinkan kesefahaman dan kerjasama antara kaum bersama-sama membangunkan Negeri yang sangat bertuah ini kerana ini lah cara kita….CARA JOHOR.

Mari kita kekalkan cara kita ini. Jangan biarkan orang luar merampas dan merosakkan apa yang telah kita bina untuk kesejahteraan kita selama ini. Jangan biarkan orang luar datang ke Negeri kita untuk memecah-belahkan perpaduan yang telah kita semai mengikut cara kita……CARA JOHOR.

KEKALKAN CARA KITA……Teruslah mengundi CALON BARISAN NASIONAL.


HARI KESEPULUH : CARA JOHOR



Hari Kesepuluh: 29 April 2013


Selepas bersarapan pagi di Restoran As-Salam, Pekan Nenas, saya berjalan kaki untuk ke Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat di Dataran Pasar Lambak, Pekan Nenas yang kedua-duanya terletak di dalam kawasan Parlimen Tanjung Piai. Dalam program seperti ini, ia memberi peluang kepada saya untuk bertemu dengan rakyat dan menyelami kehidupan mereka.

Semasa berucap pada majis itu, saya mengingatkan hadirin yang hadir supaya sentiasa menghargai sejarah. Dalam sejarah negara kita, perjuangan Malaysia moden bermulanya dari Johor. Sebab itulah, kita perlu pertahankan sejarah ini agar ia dapat sama-sama dihargai dan dijadikan tauladan bersama dengan generasi kita akan datang.

Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat

Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat

Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat

Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat
Ucapan @NajibRazak, Majlis Perjumpaan bsm rkt dDataran Psr Lambak
@HishammuddinH2O - dpt sorokan gemuruh!

Petang itu, saya menghadiri program Sepetang Bersama Ah Jib Gor di Kompleks Sentosa, Johor Bahru. Pada majlis ini, ada sedikit istimewanya kerana kali pertama dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kali ini, saya berucap di dalam sebuah pusat membeli belah.

Pada majlis itu, saya memberitahu hadirin yang hadir bahawa agenda transformasi nasional yang diperkenalkan Barisan Nasional (BN) dibuat selepas mendengar denyut nadi rakyat. Kita buat tinjauan, kita buat woksyop, kita buat majlis percambahan fikiran, baru kita rumuskan apa yang perlu kita lakukan di bawah agenda tranformasi nasional. Sebab itulah ia mampu memberi manfaat kepada setiap rakyat berbilang kaum di negara ini.

Sepetang Bersama Ah Jib Gor

Sepetang Bersama Ah Jib Gor

Sepetang Bersama Ah Jib Gor

Sepetang Bersama Ah Jib Gor

Pada waktu malam, saya mengadakan lawatan mesra ke Kolej Universiti Selatan. Pada majlis itu, saya mengingatkan semua hadirin yang hadir supaya menolak politik pecah belah kerana ia dikhuatiri akan menggugat keharmonian kaum di negara kita.

Sejak mula menjadi pentadbir negara, BN telah berjaya menyatukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Saya sangat bersyukur kerana keharmonian kaum di negara kita itu kekal hingga hari ini, malah masyarakat antarabangsa juga kagum dengan semangat perpaduan yang ada pada kita.

Lawatan Mesra Kolej Universiti Selatan

Lawatan Mesra Kolej Universiti Selatan

Lawatan Mesra Kolej Universiti Selatan






BUKTI KERAJAAN PRIHATIN - NAJIB



JOHOR BAHRU: Malaysia adalah satu-satunya negara paling liberal dan terbuka dalam pendidikan aliran Cina di dunia selepas China dan Hong Kong.

NAJIB menandatangani plak perasmian tapak bangunan baru Pendidikan Antarabangsa pada Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri dan Perasmian Bangunan Baru Kolej Universiti Selatan, Johor Bahru. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, buktinya, konsep kewujudan sekolah aliran Cina kini dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan negara ini dan pengiktirafan diberikan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

"Saya anggap diri saya sebagai kawan lama dan ambil kira tuntutan semua bangsa. Kita bagi kebebasan memilih dan berdasarkan itu kita dapat lihat sistem pendidikan berkembang seperti apa kita dapat lihat sekarang.

"Malah, setiap tahun kerajaan beri 50 biasiswa kepada pelajar lepasan UEC (Unified Examanation for Independent Chinese Secondary School) untuk lanjutkan pengajian," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Bersama Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia di Kolej Universiti Selatan, di sini, malam tadi.

Selain itu, katanya, beliau juga bersetuju untuk mewujudkan sebuah sekolah SJKC di Wilayah Iskandar yang dianggap sebagai pelangkap kepada 12 Institusi Pengajian Tinggi kini beroperasi di kawasan itu.

Mengenai kerusi Gelang Patah yang kini ditandingi Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, beliau berkata: "Kerusi Parlimen Gelang Patah ini hanya seperti 'tol', saya harap tolong sokong Datuk Ghani."

Najib menjelaskan, beliau berjanji kepada masyarakat Tionghua di negeri ini kerusi tradisi MCA itu akan dikembalikan kepada kepada tuan asalnya dalam tempoh lima tahun lagi.

Menjelaskan perkara itu, Najib berkata, kerajaan Barisan Nasional ( BN ) mahukan Johor yang stabil dan mewah terutamanya dengan pembangunan di Iskandar Malaysia yang kini menerima limpahan pelaburan antarabangsa dan tempatan berjumlah RM 115 bilion.

"Saya tahu Datuk Ghani tidak mahu bertanding tapi parti mahu dia bertanding dan sebagai orang setia pada parti dia bertanding, saya sahkan kerusi Gelang Patah akan dikembalikan kepada MCA selepas ini.

"Ini adalah bersifat sementara kerana Gelang Patah adalah kerusi tradisi kepada MCA," katanya.

NAJIB meminta agar pengundi Gelang Patah memberi kepercayaan kepada Ghani bagi terus memakmurkan Johor yang kian maju. FOTO Yazit Razali
- myMetro