Tuesday, 30 April 2013

BUKTI KERAJAAN PRIHATIN - NAJIB



JOHOR BAHRU: Malaysia adalah satu-satunya negara paling liberal dan terbuka dalam pendidikan aliran Cina di dunia selepas China dan Hong Kong.

NAJIB menandatangani plak perasmian tapak bangunan baru Pendidikan Antarabangsa pada Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri dan Perasmian Bangunan Baru Kolej Universiti Selatan, Johor Bahru. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, buktinya, konsep kewujudan sekolah aliran Cina kini dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan negara ini dan pengiktirafan diberikan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

"Saya anggap diri saya sebagai kawan lama dan ambil kira tuntutan semua bangsa. Kita bagi kebebasan memilih dan berdasarkan itu kita dapat lihat sistem pendidikan berkembang seperti apa kita dapat lihat sekarang.

"Malah, setiap tahun kerajaan beri 50 biasiswa kepada pelajar lepasan UEC (Unified Examanation for Independent Chinese Secondary School) untuk lanjutkan pengajian," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Bersama Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia di Kolej Universiti Selatan, di sini, malam tadi.

Selain itu, katanya, beliau juga bersetuju untuk mewujudkan sebuah sekolah SJKC di Wilayah Iskandar yang dianggap sebagai pelangkap kepada 12 Institusi Pengajian Tinggi kini beroperasi di kawasan itu.

Mengenai kerusi Gelang Patah yang kini ditandingi Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, beliau berkata: "Kerusi Parlimen Gelang Patah ini hanya seperti 'tol', saya harap tolong sokong Datuk Ghani."

Najib menjelaskan, beliau berjanji kepada masyarakat Tionghua di negeri ini kerusi tradisi MCA itu akan dikembalikan kepada kepada tuan asalnya dalam tempoh lima tahun lagi.

Menjelaskan perkara itu, Najib berkata, kerajaan Barisan Nasional ( BN ) mahukan Johor yang stabil dan mewah terutamanya dengan pembangunan di Iskandar Malaysia yang kini menerima limpahan pelaburan antarabangsa dan tempatan berjumlah RM 115 bilion.

"Saya tahu Datuk Ghani tidak mahu bertanding tapi parti mahu dia bertanding dan sebagai orang setia pada parti dia bertanding, saya sahkan kerusi Gelang Patah akan dikembalikan kepada MCA selepas ini.

"Ini adalah bersifat sementara kerana Gelang Patah adalah kerusi tradisi kepada MCA," katanya.

NAJIB meminta agar pengundi Gelang Patah memberi kepercayaan kepada Ghani bagi terus memakmurkan Johor yang kian maju. FOTO Yazit Razali
- myMetro

0 comments:

Post a Comment