Salam 1Malaysia,
Hanya tinggal lima hari sahaja lagi sebelum anda semua
tentukan hala tuju masa depan negara. Untuk membuat pilihan yang tepat, anda
perlu pertimbangkan beberapa perkara bagi memastikan masa depan negara terus
kekal aman dan makmur.
Antaranya, anda harus lihat dan nilai rekod Pakatan Rakyat
selama ini. Mereka sering berbalah sesama sendiri mengenai pelbagai perkara.
Malah mereka juga tidak sepakat tentang siapakah yang akan jadi Perdana Menteri
sekiranya mereka menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini nanti. Adakah
anda sanggup memperjudikan masa depan negara di tangan mereka bagi tempoh lima
tahun yang akan datang?
Berbeza dengan Pakatan Rakyat, kami di Barisan Nasional (BN)
sentiasa bersatu dan bekerjasama dalam usaha kami berkhidmat kepada rakyat
berbilang kaum di negara ini. Hasilnya, seperti yang dapat anda lihat dan alami
sendiri. Negara kita sudah mencapai pelbagai kejayaan sejak beberapa tahun
kebelakangan ini. Bacalah di sini untuk melihat rekod pencapaian kami sehingga
kini.
Saya harap anda akan membuat pilihan yang tepat dalam
memastikan kemajuan serta kestabilan negara terus berkekalan. Berilah sokongan
anda kepada BN agar kami mendapat mandat untuk meneruskan usaha kami untuk
menjamin keamanan, keselamatan dan kemajuan negara untuk kita semua.
0 comments:
Post a Comment