Manifesto

Komitmen Barisan Nasional ke arah masa depan Malaysia yang cemerlang.

Nusajaya

Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Negeri Johor

Portal PRU-13

SPR mewujudkan Portal Khas untuk memudahkan pengundi dan parti politik mendapatkan penjelasan tentang urusan pilihan raya ke-13

Tuesday, 30 April 2013

MENANDATANGANI PLAK PERASMIAN




JOHOR BAHARU, 30 April -- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menandatangani plak perasmian dua blok bangunan tambahan setinggi empat tingkat serta dewan terbuka baharu bernilai RM6.2 juta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tebrau, Felda Ulu Tebrau di Ulu Tiram di sini hari ini.Turut sama isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

- BERNAMA

KEKALKAN CARA KITA




Negeri Johor Darul Takzim yang ditadbir oleh Kerajaan Barisan Nasional selama ini telah banyak mencapai kejayaan demi kejayaan secara holistik. 

Dibawah kepiminan YAB Dato’ Hj.Abdul Ghani bin Othman selama 18 tahun mengetuai Kerajaan Barisan Nasional Negeri Johor, pembanguan Negeri Johor telah Berjaya dibangunkan secara seimbang dan holistik merangkumi segala aspek keperluan Rakyat Johor yang mencakupi setiap lapisan masyarakat. 

Pembangunan yang seimbang dan holistic adalah berdasarkan kepada perkara-perkara yang berikut iaitu Agama Islam, Pembangunan Beridentiti, Kemudahan Awam, Kerajaan Adil, Kualiti Hidup, Pembangunan Ekonomi Pelbagai Sektor, Masyarakat Berilmu dan Kerajaan Yang Cekap.

Kejayaan-kejayaan yang telah ditempa telah direkodkan di dalam naskah HOLISTIK sebagai fakta bukti untuk rakyat Johor menilainya. 

Sebagai kesinambungan kepada kejayaan tersebut, Barisan Nasional telah berikrar untuk terus melaksanakan 20 misi khas demi untuk MENSEJAHTERAKAN RAKYAT NEGERI JOHOR sepertimana yang dinyatakan di dalam MANIFESTO BARISAN NASIONAL Pilihan Raya Umum ke 13. 

Justru, seluruh pengundi Negeri Johor tiada alasan untuk menolak Kerajaan Barisan Nasional Johor. Teruskan memebri kepercayaan kepada Barisan Nasional yang ditadbir oleh anak tempatan kesemuanya. 
Kita BANGSA JOHOR sentiasa menjalinkan kesefahaman dan kerjasama antara kaum bersama-sama membangunkan Negeri yang sangat bertuah ini kerana ini lah cara kita….CARA JOHOR.

Mari kita kekalkan cara kita ini. Jangan biarkan orang luar merampas dan merosakkan apa yang telah kita bina untuk kesejahteraan kita selama ini. Jangan biarkan orang luar datang ke Negeri kita untuk memecah-belahkan perpaduan yang telah kita semai mengikut cara kita……CARA JOHOR.

KEKALKAN CARA KITA……Teruslah mengundi CALON BARISAN NASIONAL.


HARI KESEPULUH : CARA JOHOR



Hari Kesepuluh: 29 April 2013


Selepas bersarapan pagi di Restoran As-Salam, Pekan Nenas, saya berjalan kaki untuk ke Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat di Dataran Pasar Lambak, Pekan Nenas yang kedua-duanya terletak di dalam kawasan Parlimen Tanjung Piai. Dalam program seperti ini, ia memberi peluang kepada saya untuk bertemu dengan rakyat dan menyelami kehidupan mereka.

Semasa berucap pada majis itu, saya mengingatkan hadirin yang hadir supaya sentiasa menghargai sejarah. Dalam sejarah negara kita, perjuangan Malaysia moden bermulanya dari Johor. Sebab itulah, kita perlu pertahankan sejarah ini agar ia dapat sama-sama dihargai dan dijadikan tauladan bersama dengan generasi kita akan datang.

Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat

Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat

Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat

Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat
Ucapan @NajibRazak, Majlis Perjumpaan bsm rkt dDataran Psr Lambak
@HishammuddinH2O - dpt sorokan gemuruh!

Petang itu, saya menghadiri program Sepetang Bersama Ah Jib Gor di Kompleks Sentosa, Johor Bahru. Pada majlis ini, ada sedikit istimewanya kerana kali pertama dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kali ini, saya berucap di dalam sebuah pusat membeli belah.

Pada majlis itu, saya memberitahu hadirin yang hadir bahawa agenda transformasi nasional yang diperkenalkan Barisan Nasional (BN) dibuat selepas mendengar denyut nadi rakyat. Kita buat tinjauan, kita buat woksyop, kita buat majlis percambahan fikiran, baru kita rumuskan apa yang perlu kita lakukan di bawah agenda tranformasi nasional. Sebab itulah ia mampu memberi manfaat kepada setiap rakyat berbilang kaum di negara ini.

Sepetang Bersama Ah Jib Gor

Sepetang Bersama Ah Jib Gor

Sepetang Bersama Ah Jib Gor

Sepetang Bersama Ah Jib Gor

Pada waktu malam, saya mengadakan lawatan mesra ke Kolej Universiti Selatan. Pada majlis itu, saya mengingatkan semua hadirin yang hadir supaya menolak politik pecah belah kerana ia dikhuatiri akan menggugat keharmonian kaum di negara kita.

Sejak mula menjadi pentadbir negara, BN telah berjaya menyatukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Saya sangat bersyukur kerana keharmonian kaum di negara kita itu kekal hingga hari ini, malah masyarakat antarabangsa juga kagum dengan semangat perpaduan yang ada pada kita.

Lawatan Mesra Kolej Universiti Selatan

Lawatan Mesra Kolej Universiti Selatan

Lawatan Mesra Kolej Universiti Selatan






BUKTI KERAJAAN PRIHATIN - NAJIB



JOHOR BAHRU: Malaysia adalah satu-satunya negara paling liberal dan terbuka dalam pendidikan aliran Cina di dunia selepas China dan Hong Kong.

NAJIB menandatangani plak perasmian tapak bangunan baru Pendidikan Antarabangsa pada Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri dan Perasmian Bangunan Baru Kolej Universiti Selatan, Johor Bahru. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, buktinya, konsep kewujudan sekolah aliran Cina kini dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan negara ini dan pengiktirafan diberikan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

"Saya anggap diri saya sebagai kawan lama dan ambil kira tuntutan semua bangsa. Kita bagi kebebasan memilih dan berdasarkan itu kita dapat lihat sistem pendidikan berkembang seperti apa kita dapat lihat sekarang.

"Malah, setiap tahun kerajaan beri 50 biasiswa kepada pelajar lepasan UEC (Unified Examanation for Independent Chinese Secondary School) untuk lanjutkan pengajian," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Bersama Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia di Kolej Universiti Selatan, di sini, malam tadi.

Selain itu, katanya, beliau juga bersetuju untuk mewujudkan sebuah sekolah SJKC di Wilayah Iskandar yang dianggap sebagai pelangkap kepada 12 Institusi Pengajian Tinggi kini beroperasi di kawasan itu.

Mengenai kerusi Gelang Patah yang kini ditandingi Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, beliau berkata: "Kerusi Parlimen Gelang Patah ini hanya seperti 'tol', saya harap tolong sokong Datuk Ghani."

Najib menjelaskan, beliau berjanji kepada masyarakat Tionghua di negeri ini kerusi tradisi MCA itu akan dikembalikan kepada kepada tuan asalnya dalam tempoh lima tahun lagi.

Menjelaskan perkara itu, Najib berkata, kerajaan Barisan Nasional ( BN ) mahukan Johor yang stabil dan mewah terutamanya dengan pembangunan di Iskandar Malaysia yang kini menerima limpahan pelaburan antarabangsa dan tempatan berjumlah RM 115 bilion.

"Saya tahu Datuk Ghani tidak mahu bertanding tapi parti mahu dia bertanding dan sebagai orang setia pada parti dia bertanding, saya sahkan kerusi Gelang Patah akan dikembalikan kepada MCA selepas ini.

"Ini adalah bersifat sementara kerana Gelang Patah adalah kerusi tradisi kepada MCA," katanya.

NAJIB meminta agar pengundi Gelang Patah memberi kepercayaan kepada Ghani bagi terus memakmurkan Johor yang kian maju. FOTO Yazit Razali
- myMetro

PILIHLAH MALAYSIA YANG LEBIH BAIK





Salam 1Malaysia,

Hanya tinggal lima hari sahaja lagi sebelum anda semua tentukan hala tuju masa depan negara. Untuk membuat pilihan yang tepat, anda perlu pertimbangkan beberapa perkara bagi memastikan masa depan negara terus kekal aman dan makmur.

Antaranya, anda harus lihat dan nilai rekod Pakatan Rakyat selama ini. Mereka sering berbalah sesama sendiri mengenai pelbagai perkara. Malah mereka juga tidak sepakat tentang siapakah yang akan jadi Perdana Menteri sekiranya mereka menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini nanti. Adakah anda sanggup memperjudikan masa depan negara di tangan mereka bagi tempoh lima tahun yang akan datang?

Berbeza dengan Pakatan Rakyat, kami di Barisan Nasional (BN) sentiasa bersatu dan bekerjasama dalam usaha kami berkhidmat kepada rakyat berbilang kaum di negara ini. Hasilnya, seperti yang dapat anda lihat dan alami sendiri. Negara kita sudah mencapai pelbagai kejayaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bacalah di sini untuk melihat rekod pencapaian kami sehingga kini.

Saya harap anda akan membuat pilihan yang tepat dalam memastikan kemajuan serta kestabilan negara terus berkekalan. Berilah sokongan anda kepada BN agar kami mendapat mandat untuk meneruskan usaha kami untuk menjamin keamanan, keselamatan dan kemajuan negara untuk kita semua.

BELUM PASTI "UBAH" - PM



JOHOR BAHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mengingatkan rakyat bahawa slogan 'ubah' yang sering dilaungkan pembangkang belum pasti menjanjikan perubahan yang lebih baik kepada negara ini.


Katanya, perubahan yang hendak dibawa pembangkang itu boleh bertukar kepada sesuatu yang lebih buruk kepada negara.


"Jangan main dengan istilah dan perkataan, banyak ahli politik guna 'change', pembangkang di Malaysia pakai 'ubah'. Tetapi 'change' boleh bawa sama ada kepada kebaikan ataupun keburukan," kata beliau.

Memberikan contoh perubahan seperti negara-negara yang mengalami 'Arab Spring', beliau berkata sebuah daripada negara itu yang dahulunya menerima kedatangan 14 juta pelancong setahun kini hanya menerima 700,000 pelancong.

Berucap semasa Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri yang dianjurkan Barisan Nasional (BN) Parlimen Johor Baharu, beliau berkata negara itu kini muflis dan memohon pinjaman daripada Amerika Syarikat dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; calon kerusi Parlimen Johor Baharu yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan calon BN yang lain.

Najib turut berkata, dasar transformasi yang diperkenalkan kerajaan telah meningkatkan pertumbuhan ekonomi 5.6 peratus tahun lalu selain Bursa Malaysia mencecah paras 1,700 mata, yang tertinggi pernah dicatatkan sehingga kini.

Kejayaan itu, katanya, membuktikan kekayaan negara bertambah, inflasi rendah dan negara juga akan mempunyai 3.3 juta peluang kerja baharu menjelang tahun 2020.


- BERNAMA, myMetro

Monday, 29 April 2013

BERKEMPEN DI MINGGU TERAKHIR




Hari ini menandakan bermulanya minggu terakhir berkempen bagi musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Pada hari mengundi nanti, setiap rakyat Malaysia, tidak kira bangsa dan kepercayaan agama, akan keluar untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi dan memilih pentadbir negara untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

Sejak tempoh berkempen bermula pada 20 April lalu, saya telah turun padang ke beberapa negeri seperti Selangor, Perak, Sabah, Sarawak dan Johor termasuk negeri saya, Pahang untuk menerangkan kepada rakyat mengenai kandungan Aku Janji kami di Barisan Nasional (BN). Perjalanan kempen saya akan diteruskan ke seluruh negara sehingga hari mengundi nanti. Anda boleh mengikuti perjalanan kempen saya setiap hari di sini.

Calon-calon BN di kawasan anda juga kini sedang bekerja keras untuk menerangkan kepada masyarakat di kawasan masing-masing mengenai Aku Janji BN dan bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada rakyat di negara ini. Oleh itu, saya berharap anda semua akan memberikan sokongan kepada calon-calon BN ini dengan menghadiri ceramah dan kempen mereka di kawasan anda. Selain itu, ikutilah juga perkembangan semasa calon-calon di kawasan anda dengan mengikuti laman sosial mereka seperti Facebook dan Twitter yang sebahagiannya boleh didapati di sini.

Sokongan anda kepada BN amat diperlukan dan dihargai kerana ia akan membolehkan kita semua untuk terus bersama-sama berganding bahu dan bersatu padu bagi memastikan masa depan Malaysia terus terjamin. Berilah BN mandat anda agar kami dapat terus berkhidmat untuk anda.


MOMENTUM JENTERA KEMPEN PILIHAN RAYA BARISAN NASIONAL (BN) SEMAKIN MENINGKAT – PM




PONTIAN, 29 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata momentum jentera kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) di seluruh negara dalam tempoh beberapa hari ini semakin meningkat berbanding pembangkang yang nampaknya saling bercanggah pendapat.

Perdana Menteri berkata keadaan itu dapat disaksikan apabila rakan-rakan sekutu dalam pembangkang saling bercanggah pendapat dalam soal pokok dan utama dan ia merupakan petanda pakatan pembangkang satu pakatan yang terlalu rapuh dan tidak berdaya maju.

Walaupun tidak menafikan BN menghadapi masalah, Najib berkata sebahagian besarnya telah dapat diselesaikan berbanding pakatan pembangkang yang menghadapi lebih banyak masalah dan keadaan itu lebih berkecamuk.

“Kalau kita ada masalah, pembangkang lagi banyak masalah. Saya nak kata (BN) tidak ada masalah, itu tidak betul.

Tetapi saya nak letakkan dalam perspektif pembangkang lagi banyak masalah. Setidak-tidaknya kita tiada komponen parti lawan sama komponen parti, dia ada,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bersama rakyat di Dataran Pasar Lambak, Pekan Nenas di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Turut hadir calon BN bagi kerusi Parlimen Tanjung Piai Datuk Wee Jack Seng, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup, Suhaimi Salleh dan calon DUN Pekan Nenas, Wong You Fong.

Najib berkata percanggahan pendapat antara mereka satu petanda pakatan mereka terlalu rapuh sebab apabila mereka cuba menutup perbalahan ideologi dengan memberi tumpuan hendak mengalahkan BN sahaja, keadaan ini berbahaya.

“Mereka tidak beri satu gambaran bahawa mereka mempunyai satu pakatan yang berdaya maju dan boleh dipercayai sebab kalau kita nak kendalikan sebuah kerajaan, kita perlu kerjasama yang kukuh,” katanya.

Sementara itu, Najib melahirkan keyakinan BN di Johor mampu memperoleh kemenangan besar yang lebih baik berbanding keputusan Pilihan Raya Umum ke-12.

- Umno-Online, myStar

Saturday, 27 April 2013

RAHIM R2 DAN MAMAT SEPAH TURUN KEMPEN PRU13




KOTA TINGGI – Golongan artis tidak ketinggalan menghangatkan suasana kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini apabila turut membantu dalam kempen-kempen yang diadakan oleh calon-calon yang yang bertanding.

Antara artis yang berbuat demikian ialah pelakon dan pelawak Mamat Sepah dan Rahim R2 yang ‘turun padang’ membantu calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Datuk Baderi Dasuki di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panti.

Mamat yang mula turun berkempen semalam berkata, dia berasa terpanggil untuk membantu calon BN kerana mahu pengundi membuat pilihan bijak pada hari mengundi pada 5 Mei ini.

“Ini juga tanggungjawab sosial yang perlu kami lakukan memandangkan ramai yang mengenali kami. Jadi, mudah bagi golongan artis untuk mendekati pengundi,” katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, selain berkempen mereka juga akan mengadakan persembahan bersama rakan-rakan artis lain iaitu Iffa Radziah dan Nash pada 27 April ini di Taman Anggerik Tenggara, Bandar Tenggara.

“Pada 3 Mei kami akan membuat persembahan bersama Mawi dan Rafidah Ibrahim di Kampung Lukut, Kota Tinggi. Saya percaya dan yakin BN akan berjaya mengekalkan kemenangan dengan majoriti besar di Tenggara kerana rekod baik parti itu dalam membawa kemajuan dan kemakmuran kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, Rahim R2 atau nama sebenarnya Rahim Mat Ali berkata, bermula semalam mereka berdua mula bersama mengikuti rombongan jentera pilihan raya BN Tenggara bagi membantu calon-calon yang bertanding.

“Kehadiran kami sehingga hari mengundi di sini adalah secara sukarela dan secara tidak langsung sebagai sumbangan untuk pemimpin dan parti yang kami sayangi.

“Ayuh bersama sokong dan keluar mengundi. Pilihlah calon pilihan parti BN yang boleh membawa kemajuan serta keamanan kepada rakyat,” katanya.

PELAWAK, Rahim R2 (dua kiri) dan Mamat Sepah (tiga kiri) turut turun membantu kempen bagi calon Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique (tengah) di Kota Tinggi.

MUHYIDDIN: BN SUSUN STRATEGI KEMPEN PRU13




Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin


PAGOH - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Barisan Nasional (BN) telah menyusun strategi yang teratur dalam mendekati pengundi semasa kempen pilihan raya umum kali ini termasuk menggunakan media baru.

Timbalan Perdana Menteri berkata selain pendekatan bersemuka melalui siri ceramah, perhatian juga diberi kepada 'perang maya' yang dilihat telah menjadi satu saluran kempen  yang paling berpengaruh.

"Ceramah itu cara biasa, itu penting walaupun menggunakan teknik dan taktik yang lama. Strategi sudah diatur, persiapan sudah mula terutama bagi menarik pengundi muda yang  internet savvy (arif).

"Di peringkat kita sudah ada kumpulan 'cyber troopers' yang begitu ramai, ramai yang datang ke depan secara sukarela hendak bantu kita secara maya. BN mempunyai strategi  lebih teratur dalam menangani perang di dunia siber," katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon pilihan raya Parlimen Pagoh, di Kompleks Sukan Pagoh di sini, hari ini.

Muhyiddin, yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh, berkata beliau sendiri akan turun berjumpa penduduk bagi menjelaskan isu-isu yang dimainkan pembangkang bagi  memberikan imej yang buruk terdapat BN seperti rasuah dan kenaikan kos sara hidup.

Beliau juga berharap pengundi muda di kawasan itu, terutama yang pertama kali mengundi memberi sokongan yang padu kepada calon BN yang akan bertanding.

Dalam  perkembangan yang sama, Timbalan Pengerusi BN itu sekali lagi mengingatkan semua parti politik yang mengambil bahagian dalam pilihan raya umum kali ini supaya berkempen secara berhemah.

Katanya mereka perlu mengikut semua undang-undang dan peraturan sedia ada bagi memastikan kelancaran perjalanan proses pilihan raya.

"Parti-parti mesti berkempen secara berhemah, jangan timbulkan huru-hara yang boleh mengancam keselamatan rakyat dan negara. Kami di Barisan Nasional (BN) dah  tandatangani ikrar integriti pilihan raya termasuk dalam soal menghormati peraturan.

"Yang penting pembangkang mesti akur apa sahaja peraturan dan undang-undang sedia ada. Jangan langgar, jangan terlalu beremosi sehingga ketepikan adat dan tatasusila,"  katanya.

Pada pilihan raya 5 Mei ini, Muhyiddin akan ditentang sekali lagi oleh calon PAS Mohd Rozali Jamil.

PENAMPILAN LEBIH 40 PERATUS MUKA BARU SUNTIK KEKUATAN BN DI JOHOR






KULAI, 27  April  – Calon BN Kawasan DUN Bukit Permai, Ali Mazat Salleh percaya dengan penampilan lebih 40 peratus muka-muka baru yang menjadi sandaran Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini akan menjadi penilaian utama kepada rakyat khususnya di negeri Johor ini untuk mengundi BN pada 5 Mei ini.

Jelas beliau lagi penampilan lebih 40 peratus muka baru ini juga membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib begitu bersungguh untuk menjayakan agenda transformasi bagi membela rakyat dan memajukan lagi Negara.

“Sebagai calon baru dan muda dari BN, ini merupakan peluang dan kepercayaan penuh dari pimpinan parti.  Saya akan berjumpa seramai mungkin pengundi di kawasan ini untuk memberikan kepercayaan kepada saya meneruskan agenda pembelaan berterusan BN di kawasan ini.

“Kawasan DUN Bukit Permai ini merupakan sebuah kawasan luar bandar, oleh itu banyak lagi pembangunan-pembangunan yang perlu diperjuangkan seperti jalan raya kerana ada kira-kira enam buah kampong di mana penduduknya terpaksa keluar dengan membawa kenderaan sejauh 90 km untuk ke pejabat pos, pejabat daerah mahupun ke balai polis dan hospital,” ujarnya selepas membuat program tinjauan mesra di IOI Mall Kulai dan pasar malam Bandar Putra di sini.

Justeru tegas beliau, menjadi harapannya agar dapat diberikan peluang untuk meneruskan perjuangan atau agenda bagi membela rakyat terutama bagi mendapatkan keperluan-keperluan utama yang dinginkan pengundi.

“Saya juga akan memberi perhatian berkenaan jalan pintas dari kampung-kampung ke Bandar Kulai.  Jika perkara ini dapat direalisasikan, kawasan DUN Bukit Permai ini yang dianggap kawasan pedalaman boleh dimajukan dengan pelbagai lagi prasarana. Jalan pintas ini juga akan dapat menghubungkan kawasan Kulai dan Kluang, ini perkara penting yang harus diperjuangkan.

“Satu lagi perkara yang harus dititik beratkan ialah dalam soal pendidikan kerana tidak ada sekolah-sekolah menengah yang berada di dalam kawasan DUN Bukit Permai, Justeru jika saya diberi kepercayaan perkara-perkara utama yang saya sebutkan tadi akan saya realisasikan” ujarnya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kulai.

- MediaUMNO, UMNO-ONLINE

SARANAN BUAT GURU BESAR




Gelang Patah : Golongan pendidik terutama guru besar disaran meneruskan perjuangan menyokong dasar terbaik yang diperkenalkan kerajaan bagi melahirkan modal insan dalam usaha mencapai status maju menjelang 2020.

          Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya Dr Zaini Abu Bakar (gambar) berkata, guru besar sebagai pemimpin di sekolah khasnya di Gelang Patah dilihat bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab memberi pendidikan sempurna kepada murid.

          "Anak tempatan harus diberikan pendidikan yang terbaik untuk membolehkan mereka bersaing memasuki asrama, kolej, universiti atau ke luar negara sebagai langkah meningkatkan sumber modal insan untuk negara kita pada masa depan," katanya.

Dr Zaini Abu Bakar (Kiri) sedang beramah mesra bersama guru dan staff 
selepas mesyuarat di Sekolah Kebangsaan Tiram Duku, Gelang Patah.

ORANG MUDA JOHOR NAK BN



JOHOR BAHARU: Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman percaya golongan muda di negeri ini masih memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.

Abdul Ghani berkata inisiatif kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menjaga kebajikan dan merancang pelbagai program untuk golongan itu, berjaya menarik golongan muda untuk terus bersama kerajaan.

"Ada yang mengatakan bahawa orang muda kini cenderung menentang BN, namun ia tidak sebegitu. 
"Kita percaya orang muda masih lagi memberikan sokongan kepada BN lebih-lebih lagi hasil program yang kerajaan lakukan berjaya sampai matlamatnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program kebajikan MyKasih sebuah pasar raya di Skudai di sini hari ini.

Beliau kemudiannya turut meluangkan hampir setengah jam beramah mesra dengan pelanggan di pasar raya berkenaan selain bertemu dengan pemohon MyKasih. 

Mykasih merupakan program yang diilhamkan kerjaaan bagi membantu meringankan beban keluarga miskin dengan membolehkan mereka mendapatkan barangan makanan asas secara percuma setiap bulan, menggunakan Mykad. 

Mengenai kempen PRU ini, Abdul Ghani yang akan bertanding di kerusi 'panas' Gelang Patah, mengakui masih banyak perlu dilakukan untuk beliau bertemu pengundi akar umbi di kawasan itu. 

Bagi menarik pengundi Cina, Abdul Ghani yang telah empat penggal menjadi Menteri Besar turut mewujudkan akaun laman sosial Facebook dalam bahasa Mandarin menggunakan nama, abdulghaniothmanGP dengan slogan 'I'm Your Old Friend' (saya kawan lama anda). 

"Diharap melalui Facebook saya ini, pengundi Cina dapat berinteraksi secara langsung dan mengemukkan segala pandangan atau cadangan demi kebaikan semua," katanya. 

- BERNAMA
- myMETRO

SENARIO TERKINI PERLIHAT BN MAMPU MENANG SEKURANG-KURANGNYA 160 KERUSI PARLIMEN





PONTIAN 27 April – Melihat kepada senario politik tanahair hari ini, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan  berkeyakinan, Barisan Nasional (BN) mampu memenangi sekurang-kurangnya 160 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini selain terus mengekalkan Johor sebagai benteng kuat BN di Malaysia.

Namun katanya BN mesti terus berkerja kuat hingga ke masa terakhir pengundian tanpa menghiraukan apa jua propaganda pembangkang.

Pada masa yang sama beliau turut menggesa seluruh jentera BN meningkat kewaspadaan terhadap tindak tanduk ganas pihak-pihak tertentu.

“Kita mengecam dan mengutuk kekecohan dan kegiatan-kegiatan yang tidak bertanggungjawab yang dilakukan sepanjang tempoh berkempen sehingga mencetuskan kerisauan di kalangan rakyat.

“Baling bom, baling botol, ganggu bilik-bilik gerakan dengan membakar bendera, saya menggesa pihak berkuasa agar segera menangkap dan membawa si pelakunya ke muka pengadilan.

“Semua pihak mesti bertenang, memang suhunya panas tetapi kita hendaklah tenang sewaktu berkempen. Jangan ikut perasaan, jangan terlalu emosial tapi kita kena rasional supaya tidak berlaku perkara-perkara yang merisaukan masyarakat,” ujarnya selepas merasmikan Klinik Desa Parit Abdul Rahman di sini hari ini.

Beliau berharap agar kejadian-kejadian tidak diingini ini tidak akan akan berlaku lagi di hari-hari terakhir berkempen ini bagi menjamin proses pilihanraya umum ke-13 ini berjalan dengan lancar.

Namun kita sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku kerana kita jangkakan ada 13 kejutan yang akan dibuat oleh pakatan pembangkang dan salah satunya adalah mereka akan menimbulkan huru-hara seperti yang berlaku sehari dua ini.

“Saya harap kalau pun perkara ini tidak dilakukan oleh kumpulan pembangkang, namun kumpulan-kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini harus dibawa segera ke muka pengadilan,” ujarnya yang juga calon BN bagi kawasan pilihanraya Parlimen Pontian.

- MediaUMNO, UMNO-ONLINE

Friday, 26 April 2013

GOLONGAN MUDA DINASIHATKAN JAUHI RANCANGAN CETUSKAN HURA-HARA PADA 5 MEI




MUAR, 27 April –  Golongan muda dinasihat agar tidak terlibat dalam sebarang rancangan pihak tidak bertanggungjawab untuk mencetuskan huru-hara di ibu negara, pada hari mengundi 5 Mei ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim berkata golongan muda seharusnya menggunakan platform pilihan raya untuk memilih kerajaan yang membawa manfaat kepada rakyat dan bukannya menyertai rusuhan yang akan merugikan banyak pihak.

“Jangan ambil keputusan tanpa memeriksa fakta. Ini budaya liar, bukan dalam amalan negara demokrasi. Anak muda harus fikirkan demokrasi mendahului demonstrasi. Kita harap rakyat secara majoriti bersama-sama menolak perbuatan seperti ini,” katanya  selepas majlis ramah mesra bersama pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani di Parit Keroma di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan dalam media sosial mengenai cubaan pihak tertentu untuk melakukan rusuhan di Kuala Lumpur melibatkan golongan muda.

Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO berkata generasi muda yang tidak mendaftar sebagai pemilih serta yang belum layak mengundi, tidak seharusnya terlibat dalam perbuatan sedemikian.

Beliau menegaskan antara cara untuk mengelak kekacauan adalah dengan memberikan mandat besar kepada Barisan Nasional (BN) agar setiap masalah yang timbul dapat ditangani sebaik mungkin.

Dalam pada itu, Razali yang juga calon BN bagi kawasan Parlimen Muar berkata kemesraan yang ditunjukkan pengundi muda berbilang kaum di kawasan itu setiap kali jentera BN turun padang, mencerminkan peningkatan sokongan rakyat terhadap BN menjelang pilihan raya umum ke-13.

- PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

Tuesday, 23 April 2013

SENARAI CALON PRU13 PARLIMEN NEGERI JOHOR





SENARAI CALON PRU13 PARLIMEN NEGERI JOHOR

Calon BN PRU13 (Pilihanraya P 140) – Datuk S Subramaniam (Parlimen Segamat)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya P 141) – Anuar Abdul Manap ( Parlimen Sekijang)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya P 142) – Datuk Chua Tee Yong (Parlimen Labis)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya P 143) – Tan Sri Muhyiddin Yassin (Parlimen Pagoh)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya P 144) – Hamim Samuri (Parlimen Ledang)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya P 145) – Chris Lee (Parlimen Bakri)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya P 146) – Datuk Mohd Razali Ibrahim (Parlimen Muar)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya P 147) – Datuk Noraini Ahmad (Parlimen Parit Sulong)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya P 148) – Datuk Dr Wee Ka Siong (Parlimen Ayer Hitam)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya P 149) – Datuk Aziz Kaprawi (Parlimen Sri Gading)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya P 150) – Dr Mohd Puad Zarkashi (Parlimen Batu Pahat)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya P 151) – Liang Teck Meng (Parlimen Simpang Renggam)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya P 152) – Dr Hou Kok Chung (Parlimen Kluang)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya P 153) – Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Parlimen Sembrong)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya P 154) – Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Parlimen Mersing)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya P 155) – Datuk Halimah Mohd Sadique (Parlimen Tenggara)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya P 156) – Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid 
                                                                          (Parlimen Kota Tinggi)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya P 157) – Datuk Seri Azalina Othman (Parlimen Pengerang)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya P 158) – Koo Soo Siong (Parlimen Tebrau)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya P 159) – Normala Abdul Samad (Parlimen Pasir Gudang)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya P 160) – Tan Sri Shahrir Samad (Parlimen Johor Bahru)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya P 161) – Datuk Nur Jazlan Mohamed (Parlimen Pulai)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya P 162) – Datuk Abdul Ghani Othman (Parlimen Gelang Patah)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya P 163) – The Chin Yong (Parlimen Kulai)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya P 164) – Datuk Ahmad Maslan (Parlimen Pontian)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya P 165) – Datuk Wee Jeck Seng (Parlimen Tanjong Piai)

SENARAI CALON PRU13 DUN NEGERI JOHOR





SENARAI CALON PRU13 DUN NEGERI JOHOR

Calon BN PRU13 (Pilihanraya N1) – Norshida Ibrahim (DUN Buloh Kasap)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N2) – Dr Lee Hong Tee (DUN Jementah)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N3) – Lau Chin Hoon (DUN Pemanis)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N4) – Datuk Ayub Rahmat (DUN Kemelah)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N5) – Azahar Ibrahim (DUN Tenang)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N6) – Tan Chong (DUN Bekok)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N7) – Ismail Mohamad (DUN Bukit Serampang)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N8) – Daruk Dr Sharuddin Salleh (DUN Jorak)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N10) – Goh Tee Tee (DUN Tangkak)
Calon BN PRU13 (Parlimen N11) – Abdul Razak Minhat (DUN Serom)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N12) – Helen Fong (DUN Bentayan)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N13) – Datuk Dr Haris Salleh (DUN Sungai Abong)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N14) – Datuk Saipol Bahri Suib (DUN Bukit Naning)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N15) – Datuk Zulkhairi Ahmad (DUN Maharani)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N16) – Zaiton Ismail (DUN Sungai Balang)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N17) – Mohd Ismail Roslan (DUN Semerah)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N18) – Datuk Zulkarnain Kamisan (DUN Sri Medan)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N19) – Lim Kee Moi (DUN Yong Peng)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N20) – Datuk Shamsul Bari Jamali (DUN Semarang)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N21) – Teo Yu Chuan (DUN Parit Yaani)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N22) – Datin Azizah Zakaria (DUN Parit Raja)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N23) – Dr King Ban Siang (DUN Penggaram)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N24) – Aziz Ismail (DUN Senggarang)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N25) – Ayub Jamil (DUN Rengit)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N26) – Taib Abu Bakar (DUN Machap)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N27) – Abdul Mutalib Abd rahim (DUN Layang-Layang)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N28) – Chai Kwee Yau (DUN Mengkibol)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N29) – Md Jais Sarday (DUN Mahkota)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N30) – Teoh Yap Koon (DUN Paloh)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N31) – R Vidyanathan (DUN Kahang)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N32) – Abdul Latif Bandi (DUN Endau)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N33) – K Raven (DUN Tenggaroh)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N34) – Datuk Baderi Dasuki (DUN Panti)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N35) – Daruk Dr Adham Baba (DUN Pasir Raja)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N36) – Rasman Ithnain (DUN Sedili)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N37) – Asiah Md Ariff (DUN Johor Lama)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N38) – Hamimah Mansor (DUN Penawar)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N39) – Syed Sis Abdul Rahman (DUN Tanjong Surat)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N40) – Datuk Maulizan Bujang (DUN Tiram)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N41) – M Soorianarayanan (DUN Puteri Wangsa)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N42) – Tan Cher Puk (DUN Johor Jaya)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N43) – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (DUN Permas)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N44) – Datuk Adam Sumiru (DUN Tanjong Puteri)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N45) – Chong Chee Siong (DUN Stulang)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N46) – Chan Mee Kiong (DUN Pengkalan Rinting)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N47) – Tengku Putra Harun (DUN Kempas)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N48) – Liang Ah Chai (DUN Skudai)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N49) – Dr Zaini Abu Bakar (DUN Nusa Jaya)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N50) – Ali Mazat salleh (DUN Bukit Permai)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N51) – Chia Chin Liau (DUN Bukit Batu)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N52) – Tang Nai Soon (DUN Senai)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N53) – Datuk Hasni Mohamed (DUN Benut)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N54) – Datuk Tee Seiw Kiong (DUN Pulai Sebatang)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N55) – Wong You Fong (DUN Pekan Nanas)
Calon BN PRU13 (Pilihanraya N56) – Suhairi salleh (DUN Kukup)


Monday, 22 April 2013

CALON BARISAN NASIONAL(BN) BARU MAMPU BAWA KEMAJUAN





Salam 1Malaysia,

Seperti semua sedia maklum, dua hari lepas telah berlangsungnya proses penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Pada proses penamaan calon itu, kita dapat lihat kesemua parti politik meletakkan calon-calon mereka untuk bertanding pada PRU13 kali ini sekali gus memberi pilihan kepada rakyat untuk memilih pentadbir Kerajaan di negara kita. Kehadiran begitu ramai calon yang bertanding pada PRU13 kali ini membuktikan Malaysia sememangnya mengamalkan sistem demokrasi yang adil dan saksama.

Sesuai dengan prinsip transformasi, pada PRU13 ini Barisan Nasional (BN) telah memperkenalkan ramai calon baru yang diyakini mampu berkhidmat dengan baik kepada rakyat. Calon-calon BN Baru ini adalah pendokong dasar transformasi yang telah kami perkenalkan selama ini. Mereka terdiri daripada golongan profesional seperti peguam, doktor, jurutera dan lain-lain.

Saya telah terlibat secara peribadi untuk memilih calon-calon BN Baru yang dianggap sebagai berkaliber dan berkelayakkan tinggi sesuai dengan kehendak rakyat selama ini. Pemilihan itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana kami di BN perlu mengambil kira pelbagai aspek untuk dipertimbangkan supaya kami dapat memberi pilihan terbaik kepada rakyat.

Dengan gabungan calon BN Baru dengan calon yang berpengalaman ini, saya yakin BN mampu menang pada PRU13 ini sekali gus dapat sekali lagi menabur bakti kepada rakyat di negara ini. Kami sedar, masih banyak lagi yang perlu dilakukan dalam usaha untuk kita merealisasikan impian untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Untuk itu, kini telah tiba masanya untuk anda bertindak demi masa depan Malaysia. Kami faham akan kehendak rakyat, sebab itulah Manifesto atau Aku Janji yang kami perkenalkan semuanya adalah bagi meningkatkan kehidupan rakyat. Dengan pelbagai kejayaan yang telah dikecapi oleh negara kita hari ini, ia membuktikan bahawa Kerajaan BN sentiasa menepati janjinya kepada rakyat.

Untuk mengenali calon BN Baru di kawasan anda dengan lebih dekat lagi, anda boleh melihatnya di blog saya di sini.

Tunjukkan sokongan anda dan dapatkan Kit Tindakan anda hari ini. Juga jangan lupa untuk memuat turun Kit Tindakan Online, dan jadilah antara orang pertama untuk menghiasi laman sosial anda sebagai tanda sokongan anda kepada saya.

Akhir sekali, saya berharap agar anda semua dapat memberi mandat sekali lagi kepada kami. Marilah kita sama-sama jadikan negara kita terus maju di samping rakyat berbilang kaum supaya kita dapat terus hidup dalam suasana aman dan damai.

Najib Razak


PAKATAN TIADA PAKATAN




LATAR BELAKANG

1) Parti-parti komponen dalam PR berantakan, tiada pemuafakatan sama sekali.
2) Isu perebutan kerusi sebelum dan selepas penamaan calon semakin memuncak apabila PR meletakkan ramai calon-calon yang akan berlawan sesama sendiri.
3) Contohnya PAS akan bertentangan dengan PKR di tujuh kawasan: DUN Bukit Besi, Kota Putera & Seberang Takir di Terengganu, DUN Panti di Johor, Parlimen Labuan dan DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang.    
4) Ramai calon dari PR yang bertanding atas tiket bebas sehingga beberapa orang dipecat keluar dari DAP.
5) Gara-gara mahukan kuasa dan pengaruh, Pakatan Rakyat tikam dari belakang sesama sendiri, namun masih mahu menipu rakyat bahawa mereka perjuangkan keadilan & demokrasi.


Sunday, 21 April 2013

KONSEP KESAMARATAAN DAP AKAN SEBABKAN YANG TERCICIR MAKIN KETINGGALAN - KHALED NORDIN




PASIR GUDANG, 21 April (Bernama) -- Konsep kesamarataan yang diperjuangkan DAP hanya akan menyebabkan golongan yang masih tercicir akan terus ketinggalan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Ini kerana katanya golongan terbabit terpaksa bersaing dengan mereka yang sudahpun mencapai kemajuan, dan kelompok itu pula akan terus mara ke tahap lebih tinggi.

"Kesamarataan ini hanya boleh dipakai sekiranya rakyat mempunyai tahap pencapaian, kemajuan, masalah, isu atau latar belakang yang sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelan Strategik Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi dan ''Women In Social Enterprise'' (Wise) 2013, di sini hari ini. Katanya dalam konteks masyarakat majmuk di negara ini, kaum bumiputera yang masih ramai ketinggalan dalam pelbagai bidang, akan terus ketinggalan jika terpaksa bersaing secara terbuka berdasarkan konsep kesamarataan DAP itu. Khaled yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri Permas pada pilihan raya umum ke-13 ini, berkata berbeza dengan pembangkang, BN mengamalkan konsep kemajuan berdasarkan kesaksamaan yang pada masa sama mengekalkan permuafakatan bagi mencapai taraf negara maju.

-- LAGI
KHALED-DAP 2 (AKHIR) PASIR GUDANG
"Permuafakatan itu membolehkan kita berdepan dengan pelbagai cabaran atau masalah seperti yang berlaku di negara-negara lain," katanya. Penghapusan perbezaan yang dinyatakan dalam manifesto pembangkang katanya bermakna tiada polisi atau perhatian dibuat bagi membantu memperkasakan kaum bumiputera yang masih ketinggalan dalam pelbagai bidang. "Jika kita berdasarkan kepada kesamarataan, ''free for all market forces'', jurang perbezaan antara kaum dan polarisasi akan berlaku," katanya.
-- BERNAMA